Saturday 30 July 2016

2.1 LATAR BELAKANG DAN GARIS PANDUAN PENYIARAN

2.1.1 LATAR BELAKANG PENYIARAN


Tahun 1930-an : Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur. Pada awalnya penyiaran di Malaysia berasaskan kepada falsafah British dengan pelantikan Pengarah Penyiaran adalah warga British iaitu David Lyttle

Tahun 1950-an hingga 1960-an : Rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio pada pertengahan tahun 1950-an hingga 1960-an. Arahan daripada kerajaan supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga siaran bacaan al-Quran diperdengarkan pada permulaan dan penutup rancangan.

Tahun 1971 : program agama di televisyen pula hanya disiarkan selama 30 minit seminggu kerana masalah teknikal Menyedari kelemahan tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan Unit Agama dan Dakwah selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain

2.1.2 GARIS PANDUAN

Garis panduan penyiaran merupakan satu perkara penting bagi melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan. Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996) termasuk stesen-stesen penyiaran milik kerajaan melainkan stesen-stesen penyiaran berlanggan (subscription) mesti menggunakan garis panduan ini

Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah:

A. Siaran berita dan siaran hiburan
B. Perihal artis dan tata kelakuan artis

ΓΌ  Bahan-bahan siaran:

Ciri-ciri bahan siaran yang boleh disiarkan Umum
  1. Menyokong wawasan negara
  2. Menghormati sensitiviti/kepekaan rakyat
  3. Memaparkan keindahan dan kemajuan negara
  4. Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta
  5. Menggambarkan masyarakat berbilang kaum
Bahan siaran yang tak boleh disiarkan
  • Ideologi dan Politik
  • Aspek Keagamaan
  • Ketertiban dan Ketatasusilaan
  • Aspek Sosial Budaya
Ideologi dan Politik
  1. Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia
  2. Hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran
  3. Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan negara yang ada hubungan baik    dengannya
  4. Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemas kini dan mengandungi fakta- fakta yang tidak tepat
Aspek Keagamaan
  1. Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan dengan keimanan dan keinsafan
  2. Merosakkan kerukunan umat beragama
  3. Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia
  4. Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran al-Quran, sunah dan mazhab Syafii
  5. Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut agama

Ketertiban dan Ketatasusilaan
  1. Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara
  2. Memaparkan modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan rangsangan   untuk menirunya
  3. Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan jahat itu sendiri
  4. Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran
  5. Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan
  6. Menggambarkan dan membenarkan penyalahgunaan serta kenikmatan dadah dan ubat-ubatan  terlarang
  7. Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian sesama manusia dan    manusia terhadap binatang
  8. Memaparkan adegan-adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah pada akhirnya
  9. Menunjukkan perlakuan-perlakuan yang mengghairahkan
  10. Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  11. Menunjukkan “close-up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan perempuan kecuali siaran liputan sukan

 Aspek Sosial Budaya
  1. Bercanggah dengan peruntukan Akta Hasutan 1948
  2. Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan umum di Malaysia
  3. Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat yang diamalkan di Malaysia
  4. Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan yang tidak bermoral dan  jahat
  5. Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counterculture”
  6. Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan tertentu
  7. Menonjolkan/mengagungkan agama lain selain agama Islam
  8. Mengandungi adegan babi
  9. Mengagungkan “martial arts” asing seperti kung fu melainkan dengan kebenaran

No comments:

Post a Comment