Saturday 30 July 2016

2.3 PERANAN PENYIARAN ISLAM

2.3 PERANAN PENYIARAN ISLAM

q  Antara peranan utama penyiaran Islam di Malaysia ialah:

ü Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.
ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi (Musaddid), iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam.
ü Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu (Mujaddid) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.
ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu (Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak yang bertelagah.
ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid) iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya bekerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

2.3.1 KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
  • Konsep amar makruf dan nahi mungkar dalam penyiaran Islam banyak membantu manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan
  • Program-program berkonsepkan seperti ‘Imam Muda’, ‘Pencetus Ummah’ dan ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis menjadi pilihan popular pelbagai peringkat dengan mengaplikasikan genre dan format program realiti sebagai medium menyebarkan didikan dakwah kepada penonton
  • Stesen TV Alhijrah merupakan stesen televisyen yang sesuai untuk menerapkan konsep amar makruf dan nahi mungkar
  • akhlak menjadi prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran yang akan melahirkan produk akhir hasil penyiaran yang berpandukan kepada doktrin amar makruf dan nahi mungkar
2.3.2 NILAI-NILAI MURNI DALAM PENYIARAN ISLAM

  • Media menurut Islam, segala perancangan perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunah
  • Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekali gus mengajak penonton untuk menghayati mesej yang disampaikan sekal gus menambah ketakwaan kepada Allah SWT
  • Penubuhan TV Alhijrah sebenarnya telah mengangkat falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunah. yang dibawa Nabi Muhammad SAW

2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

  • Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran
  • Kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur dan mengingatkan ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru    kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.                                                 (Surah Ali ‘Imran 3:104)

2.3.4 MAKLUMAT YANG TEPAT

  • Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen perlu ditapis dan dikenal pasti setiap kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlakunya berita palsu yang diterima
  • Rancangan televisyen yang disiarkan juga perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik
  • Setiap maklumat yang diterima dan akan disampaikan perlulah disaring dan dikenal pasti tujuannya serta mengetahui akan kesahihan dan sumbernya bagi mengelakkan berlaku kepalsuan maklumat yang disampaikan

2.3.5 PELBAGAI DAN VARIASI


  • Kini, di Malaysia sudah terdapat media penyiaran yang berkonsepkan semata-mata untuk penyebaran Islam seperti TV Alhijrah, Astro Oasis, IKIM f.m. dan SALAM f.m.
  • Melalui media-media penyiaran ini dengan kepelbagaian rancangan yang berkonsepkan dakwah dapat membantu masyarakat memahami Islam dengan lebih mendalam dan mudah
  • TV Alhijrah yang kini sudah mencapai 5 tahun penyiarannya merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang bertujuan merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal
  • -      Kepelbagaian yang disiarkan berdasarkan aspek genre kandungan program TV Alhijrah adalah untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan untuk tontonan keluarga

No comments:

Post a Comment