gambar 1: sumber asal (wacana ilmu) |
1.2.1
Pengertian Islam
Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima yang bermaksud selamat. Daripada perkataan itu, terbentuklah perkataan aslama yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh
Menurut istilah, Islam ialah: Agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya sejak nabi Adam a.s. hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama Islam mengatur
seluruh aspek kehidupan manusia baik keyakinan kepada:
-
Allah dan perkara-perkara
ghaib lainnya (akidah),
-
Ibadah khusus dan umum,
-
Muamalat (bersosial),
-
Munakahat dan aspek
kekeluargaan,
-
hukum-hakam, politik, ekonomi dan sebagainya
1.2.2 Pengertian Iman
Maksud Iman
pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”. maksudnya menerima segala apa yang
dibawa oleh Rasulullah saw
Dari segi
istilah: Maksudnya: Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan, dan amal
dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman boleh bertambah dan berkurang
sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.
1.2.3 Pengertian
Ihsan (Akhlak)
Perkataan
“akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat,
perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan
Perkataan
“akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat,
perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan.
Menurut
istilahnya, akhlak ialah sifat yang ada dalam diri seorang manusia yang boleh
mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan
paksaan
Hubungan
antara Islam, Iman dan Ihsan serta Hubungannya dengan Komunikasi Islam
Komunikasi adalah alat paling utama untuk
berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi
juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari
“Kamu (wahai
umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baikdan melarang dari segala
yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman)”. (Surah Ali
‘Imran 3:110)
Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik
(dakwah) sudah pasti tidak akan lepas daripada akhlak yang baik. Sejarah
membuktikan kepetahan dalam menyampaikan sesuatu mesej belum tentu dapat
diterima oleh pendengar sekiranya tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik
daripada penyampai. Masih ramai
dalam kalangan pendakwah yang menganggap bahawa dakwah hanya berbentuk
penyampaian sesuatu mesej secara lisan. Sebenarnya, dakwah merangkumi aspek
lainnya juga seperti penampilan diri, praktik amalan pendakwah itu sendiri,
akhlak mulia, atau yang biasa disebut dengan dakwah bil hâl.
Bahkan
kedudukan yang terakhir inilah yang lebih penting jika dibandingkan dengan dakwah
bil lisan, iaitu dakwah dengan penyampaian lisan dan lebihmengenai sasaran.
No comments:
Post a Comment