Saturday, 30 July 2016

3.3 KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM

C. MENJELASKAN KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM

Hiburan Melampau

q  Garis panduan tentang hiburan

–        Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan
–      Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
–        Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam
–        Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
–   Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan
–  Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam

q  Persembahan muzik

–        Tidak menimbulkan gerak-geri liar
–        Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
–        Tidak melalaikan

q  Lirik

–        Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
–   Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
–        Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
–        Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam
–        Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
–       Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya
–        Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik

q  Persembahan artis

–        Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan
–     Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
–  Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
–    Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam

q  Persembahan tarian

–     Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
–        Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
–      Tidak berlaku percampuran anatara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah
–        Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
–        Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan

Etika Kewartawanan

q  Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam

-        Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu
-        Maslahah atau kepentingan yang jelas
-        Dilarang menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai bentuk
-        Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
-        Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
-        Seseorang yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang diperoleh
-        Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah, jika perlu
-        Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar


Kesantunan Bahasa

q  Mengapakan kesantunan berbahasa amat dituntut kepada mereka yang berbicara? Menurut Asmah (2005), bentuk dan tutur bahasa yang santun akan mewujudkan ikatan perhubungan sosial antara manusia serta boleh menimbulkan proses komunikasi yang berkesan. Menurut Awang Sariyan (2009), bahasa berfungsi sebagai alat yang berperanan dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat. Santun berbahasa merujuk kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yang baik, beradab, mempunyai nilai penghormatan serta mencerminkan keperibadian mulia. Kesantunan bahasa juga menyentuh tentang penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kegusaran, serta tidak menyinggung perasaan pendengar

     q  Teknik kesantunan berbahasa

-        Teknik Doa Memulakan komunikasi dengan ucapan bismillah atau al-fatihah
-  Teknik bersyukur Ungkapan-ungkapan yang melambangkan kesyukuran atas rasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan kebaikan kepada penutur atau kepada keluarga mereka
-      Teknik salam Teknik penutur memulakan dengan salam sebelum berbicara atau berunding boleh dianggap sebagai salah satu cara menyapa atau menegur mesra
-     Teknik Insya-Allah Perkataan Insya-Allah merupakan ungkapan yang bermaksud dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau sebagai ungkapan janji dalam urusan yang akan datang
-        Teknik Tawakkal Penutur yang menggunakan teknik ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT yang berkuasa. Sesuatu yang baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT. Teknik tawakkal dalam pertuturan merupakan teknik yang mampu mengurangkan ancaman muka dan rasa kurang senang  sama ada dalam kalangan penutur atau pendengar


No comments:

Post a Comment