Saturday 30 July 2016

3.4 KHURAFAT DAN TAHYUL

D. MENYENARAIKAN AMALAN YANG MEMBAWA KEPADA KHURAFAT DAN TAHYUL

     Menurut kitab Al-Mu’jam al-Wasit, khurafat ialah“cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Manakala mengikut Kamus al-Marbawi, khurafat ialah “sebarang cerita yang benar-benar dusta”. Pendapat lain menyebut bahawa kurafat adalah sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk dipercayai kebenarannya. Berdasarkan takrif tersebut, dapat disimpulkan bahawa kurafat ialah sesuatu perkara mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng (lagenda) yang karut atau tahyul yang menyimpang daripada ajaran Islam

      Tahyul : Istilah tahyul pula adalah bermaksud semua cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk dengan perkara-perkara yang dusta.
       Kebudayaan karut : Ditakrifkan sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran Islam

         Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul dalam Bahan Penerbitan
         Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri kurafat dan tahyul seperti berikut:

   Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis.
-    Cerita-cerita yang berunsur metos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
-    Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
-    Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam.
-   Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
-    Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam.
-     Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.
-     Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat membuang sial.
-     Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.
-   Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi.
-    Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menangguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat bahawa sesuatu perkara tidak baik akan berlaku.
-     Percaya kepara ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
-     Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur.

        Hukum Beramal dengan Perkara Khurafat dan Tahyul

        Menurut garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku yang percaya kepada amalan kurafat dan tahyul ialah syirik.

      Dalam Islam, percaya kepada benda-benda kurafat dan tahyul misalnya benda-benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta yakin ia mempunyai kuasa selain Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah SWT





No comments:

Post a Comment