Saturday 30 July 2016

2.2 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM

2.2 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM

  • Penyiaran : aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel
  • Dari segi bahasa - proses, cara dan perbuatan menyiarkan
  • Dari segi istilah - proses komunikasi yang disampaikan kepada audiens, iaitu suatu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses pemancaran elektro magnetik atau gelombang yang lebih tinggi
  • Kesimpulannya penyiaran ialah pengedaran isyarat audio dan/atau video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan tertentu melalui proses elektro magnetik atau gelombang
  • Penyiaran Islam - sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat
KONSEP PENYIARAN ISLAM

Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia dan masyarakat (Islamic triangular relationship)

Allah : Manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertical untuk memenuhi asas penciptaan, Teknologi penyiaran yang menafikan keagungan Allah adalah terbatal dan tidak perlu, Semua kerja sehingga menghasilkan output penyiaran dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah

Manusia : Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah, Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara baik dan buruk, Penyiaran dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah

Masyarakat : Kepelbagaian etnik, warna kulit, bahasa dan agama mewujudkan keadilan dan persamaan dalam komunikasi Islam. Akhlak merupakan prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran. Prinsip ini boleh menghasilkan produk penyiaran yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan Objektif tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat

AKTA PENYIARAN


  • Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa dan tafsiran
  • Lesen untuk menyiarkan yang menyentuh keistimewaan eksekutif/ kerajaan, lesen untuk menyiarkan, penalti, tempoh tangguh, kesalahan lesen, kuasa menteri untuk mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan dan pembatalan atau penggantungan lesen
  • Kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan
  • Lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen
  • Menerangkan kuasa menggeladah, perwakilan kuasa, kuasa menteri memberi kuasa atau memberi lesen dan menentukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat peraturan


  • (video ini sekadar menunjukkan kepada pelajar kesalahan dalam penyiaran)

    KOD ETIKA PENYIARAN DI MALAYSIA                   

    Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui saluran radio dan televisyen mana-mana media penyiaran di Malaysia, sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang negara, peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan.
    Antaranya:
    a. Rukun Negara
    b. Sosiobudaya Malaysia
    c. Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapis Filem Malaysia)
    d. Misi dan visi Jabatan Penyiaran
    e. Dasar-dasar semasa kerajaan
    f. Undang-undang dan akta yang berkaitan

    No comments:

    Post a Comment