Tuesday 14 February 2017

PEMBENTANGAN DIS 2016

Pembentangan kali ini bertepatan dengan tarikh 13/2/2017 (isnin) dilaksanakan di Dewan Serbaguna PSAS, seperti pembentangan kali pertama. Cuma untuk kali ini pembentangan dilaksanakan melalui 2 peringkat, pada peringkat pertama peserta berada di booth masing² dan juri akan datang untuk melihat dan mendengar pembentangan tersebut. Setelah juri mendapatkan markah kesemua pembentang, juri akan memilih markah yang tertinggi sebanyak 8 kumpulan dan akan dipertandingkan pada peringkat kedua.
Pemenang pada peringkat kedua akan membawa pulang wang tunai dan piala pusingan. Sementara pemenang diperingkat saringan tadi tetap membawa pulang hadiah wang tunai.

Pembentangan kali ini melibatkan seramai 1053 orang pelajar, tetapi jawatankuasa memutuskan hanya 5 orang dari setiap kelas yang akan mewakili mereka ke pertandingan pembentangan kali ini dan melibatkan seramai 160 orang pembentang.

Juri² pula dipilih dari kalangan pensyarah unit bahasa inggeris dan melibatkan seramai 10 orang juri yang diketuai oleh Puan Ezatul Marini Bt Mohd Ghazali. Juri² yang lain ialah seperti:

  1. Puan Zulaikha bt Kamaruddin
  2. Puan Azuro Umairah (Ketua Kursus B.I)
  3. Noorulziwaty Bt Kamaruzaman
  4. Salmiza Bt Abdul Rahim
  5. Wan Yonsharlinawati Bt Wan Jaafar
  6. Lam Kok Wei
  7. Chan Suet Fong
  8. Nurul Wahida Bt Zainol
  9. Hema A/P Muniandu Portorajo


Acara pembentangan bermula seawal jam 8 pagi dengan dimulai dengan ketibaan tetamu jemputan, nyanyian lagu negaraku, bacaan doa oleh Muhammad Are Syamil dari kelas DET6C, seterusnya ucapan aluan dari Ketua Jabatan dan seterusnya ucapan perasmian oleh yg berbahagia Tn Hj Anwar Dris. Sementara pengacara majlis ialah Rashid dan Amira dari Jabatan Kejuruteraan Awam.

Berikut adalah gambar² sepanjang program:

Bacaan doa oleh Sdr Muhammad Are Syamil dari
 kelas DET 6C, JKE


Timbalan Pengarah Akademik (bersongkok) bersama Barisan Pensyarah
 Jabatan Pengajian Am 

Pengacara Majlis (Izah dan Rashid) dari Jabatan
 Kejuruteraan Awam



Ucapan aluan dari Ketua Jabatan Pengajian Am,
Puan Rokisah Bt Muda

Sebahagian Pelajar yang ikut serta semasa sesi pembentangan

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah Akademik,
Tuan Hj Anwar bin Hj Dris

ikut merasmikan Karnival Pengajian Am (13 - 16/2/2017)

Lawatan TPA ke gerai pelajar



sesi penjurian oleh madam Chan

sesi penjurian oleh Puan Azuro Umairah

Puan Nurul Wahida sedang mendengar pembentangan pelajar

Pelajar sedang menerangkan hasil projek kepada puan Noorulziewati

Puan Hema a/p Portorajo sedang melihat hasil pembentangan pelajar

Puan Zulaikha khusyu mendengar penerangan pelajar

antara juri yang agak famous dikalangan pelajar, Mr Lam Kok Wei


Puan Salmiza sedang diterangkan hasil projek dari pelajar















Pembentangan peringkat akhir dari kelas DET6C.












Sunday 12 February 2017

PEMBENTANGAN JUN 2016

PEMBENTANGAN PROJEK KOMUNIKASI

Alhamdulillah sebanyak 14 program dapat melaksanakan pembentangan projek yang telah dirancang dan diadakan pada ketetapan berikut:

1. Tarikh : 17/8/2016
2. Masa.   : 8.00 hingga 1.30 tengahari
3. Tempat: Dewan serbaguna

Berikut adalah gambar2 sepanjang program dilaksanakan.


UCAPAN PERASMIAN DARI KETUA KURSUS UNIT AGAMA DAN MORAL JPA

ANTARA PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PEMBENTANGAN (DEP5A)














JURI-JURI YANG MENGADILI PEMBENTANGAN PELAJAR



PENJAGA MASA DARI KALANGAN PELAJAR