Friday, 5 August 2016

1.1 KONSEP KOMUNIKASI

KEPENTINGAN KOMUNIKASI
foto 1 : sumber asal Successful Business Communication
  • Manusia dapat memanfaatkan persekitarannya, Mengetahui peluang-peluang yang ada dan menghindarkan diri daripada bencana
  • Menyesuaikan diri, mendapat kehidupan yang harmoni dan aman damai.
  • Memindahkan warisan, sebagai contoh, peranan seorang ayah mengajar anak bergaul dalam masyarakat. Sekolah pula sebagai tempat mendidik dan sebagainya

“Tidak halal seorang Muslim menjauhi kawannya lebih dari tiga hari. Sekiranya telah berlalu waktu tiga hari itu, maka berbicaralah dengan dia dan berilah salam. Jika dia telah menjawab salam, maka keduanya bersama-sama mendapat pahala. Dan jika dia tidak membalasnya, maka sesungguhnya dia kembali dengan membawa dosa. Sedangkan orang yang memberi salam telah keluar daripada dosa menjauhi itu.”  (Riwayat Abu Daud)
Maksud hadis: Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim (berkomunikasi). (Al-Bukhari)

LATAR BELAKANG KOMUNIKASI

Kisah nabi adam yang kesunyian selepas diciptakan dan diciptakan hawa
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-nya adalah dia menjadikan isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” (Surah al-rum, 30:21)
Proses awal manusia berkomunikasi melalui lambang-lambang isyarat, tiada data autentik yang dapat menjelaskan tentang hal tersebut. Namun begitu, wujud simbol-simbol komunikasi yang ditinggalkan

KEPERLUAN MEMPELAJARI ILMU KOMUNIKASI
  • Komunikasi yang baik memudahkan seseorang memperoleh pekerjaan/rezeki
  • Penyampaian yang tidak beretika dalam berkomunikasi menyebabkan hubungan silaturahim renggang
  • Perkembangan teknologi komunikasi yang begitu cepat memerlukan pekerja yang celik teknologi maklumat(IT)
  • Dalam melaksanakan tugas harian, orang yang mempelajari konsep, teori dan dasar komunikasi yang baik akan menonjolkan keterampilan dan sifat profesional


KONSEP/DEFINISI KOMUNIKASI ISLAM
 Perkataan ‘komunikasi’ mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa Arab. Perkataan ‘dakwah’ dalam bahasa Arab, iaitu ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam (kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam
Perbezaan Antara Komunikasi-komunikasi Pendekatan Islam Dengan Konvensional
ISLAM Berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Hal ini kerana, segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW. Amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam
KONVENSIONAL Hanya menitikberatkan soal-soal etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi secara Islam berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT

No comments:

Post a Comment