D. MENYENARAIKAN AMALAN YANG MEMBAWA
KEPADA KHURAFAT DAN TAHYUL
Menurut kitab Al-Mu’jam al-Wasit, khurafat ialah“cerita-cerita yang
mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta”. Manakala
mengikut Kamus al-Marbawi,
khurafat ialah “sebarang cerita yang benar-benar dusta”. Pendapat lain menyebut
bahawa kurafat adalah
sesuatu hal yang tidak masuk akal atau perkara-perkara yang sukar untuk
dipercayai kebenarannya. Berdasarkan takrif tersebut, dapat disimpulkan bahawa
kurafat ialah sesuatu perkara mempersonakan berbentuk rekaan atau dongeng
(lagenda) yang karut atau tahyul yang menyimpang daripada ajaran Islam
Tahyul : Istilah tahyul pula adalah bermaksud semua
cerita, sama ada khayalan atau rekaan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari
ajaran Islam. Ia meliputi cerita-cerita yang mempersonakan dan bercampur aduk dengan
perkara-perkara yang dusta.
Kebudayaan
karut : Ditakrifkan
sebagai keseluruhan tatacara hidup serta hasil kegiatan dan penciptaan yang
berupa kebendaan atau kerohanian dalam sesuatu masyarakat, tamadun dan
peradaban yang direka serta bercanggah dengan ajaran Islam
Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul dalam Bahan
Penerbitan
Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri
kurafat dan tahyul seperti berikut:
- Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada
nas-nas syarak sama ada al-Quran atau hadis.
- Cerita-cerita yang berunsur metos dan lagenda, rekaan,
dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
- Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan
lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
- Cerita-cerita yang
berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan
memudaratkan orang lain dan menyeleweng daripada akidah Islam.
-
Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan
sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
- Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur
negatif dari segi akidah dan syariat Islam.
- Kepercayaan kepada keramat seperti kubur,
pokok kayu dan seumpamanya.
- Kepercayaan kepada nasib sial, seperti adat
membuang sial.
-
Kepercayaan kepada jin dan memohon
pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.
- Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya
rezeki seperti adat memuja semangat padi.
- Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang,
seperti menangguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap
sebagai isyarat bahawa sesuatu perkara tidak baik akan berlaku.
- Percaya kepara ramalan-ramalan bintang,
angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
- Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang
dan kubur.
Hukum Beramal dengan Perkara Khurafat dan
Tahyul
Menurut
garis panduan yang dikeluarkan JAKIM, hukuman yang ditetapkan ke atas pelaku
yang percaya kepada amalan kurafat dan tahyul ialah syirik.
Dalam
Islam, percaya kepada benda-benda kurafat dan tahyul misalnya benda-benda
keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta yakin ia mempunyai
kuasa selain Allah SWT ialah syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid
kepada Allah SWT
No comments:
Post a Comment