B.
MENGHUBUNG KAIT ISU-ISU SEMASA DALAM KOMUNIKASI
Peringkat dalam memulakan Pergaulan.
Peringkat berkenalan: Berkenalan
atau taaruf membantu kita saling kenal mengenali dalam memulakan hubungan.
Melalui cara ini, kita dapat membezakan sifat, bangsa, agama, kegemaran dan
kedudukan yang ada pada diri seseorang.
Peringkat memahami:
Peringkat memahami atau tafahum. Peringkat ini akan membawa kita memahami
dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Apabila kita
memahami latar belakang akhlak dan sifatnya, maka mudah bagi kita untuk
menentukan siapa teman yang harus kita bergaul dan siapa pula yang harus
dijauhi. Jika kita bergaul dengan mereka yang baik akhlaknya, maka kita akan
mendapat tempias kebaikan yang ada pada dirinya. Begitulah sebaliknya, jika
kita bergaul dengan mereka yang jahat, tempias kejahatan mereka akan
mempengaruhi diri kita.
Peringkat tolong-menolong: Peringkat
tolong-menolong atau taawun. Peringkat ini terhasil apabila kita telah menerima
pergaulan yang terjalin sehingga menjadi akrab. Namun apa yang peting, setiap
tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah
bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Aurat
Lelaki/Wanita dan pakaian Lelaki/Wanita
Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah
dan al-Hanabilah berpendapat aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke
lutut. Namun demikian, wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan
lutut supaya “aurat” yang wajib itu ditutup dengan sempurna.
Aurat wanita
Ulama muslimin berpendapat aurat bagi wanita adalah
keseluruhan badan wanita selain muka dan dua tapak tangannya (Maududi, 1995).
Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar dan
mempunyai ketebalan yang mencukupi sehingga tidak menampakkan apa yang
dilindungi. Selain itu, ia tidak menyerupai pakaian wanita, tidak menyerupai
pakaian yang jelas dikenali sebagai pakaian orang-orang kafir dan tujuan
berpakaian bukanlah untuk tujuan berbangga dan mencari kemasyhuran
Pakaian wanita
Pakaian wanita
adalah mestilah ditutup semua anggota kecuali yang dibenarkan dan hendaklah
longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu cukup
tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit atau tubuh pemakainya dan pakaian
tersebut tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaun lelaki
terhadap kecantikan pemakain pakaian tersebut. Tidak menyerupai pakaian lelaki,
tidak menyerupai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh orang-orang kafir dan
pemakainya bukanlah bertujuan untuk berbangga dan mencari kemasyhuran.
No comments:
Post a Comment