Saturday 30 July 2016

3.2 ISU-ISU SEMASA DALAM KOMUNIKASI



B. MENGHUBUNG KAIT ISU-ISU SEMASA DALAM KOMUNIKASI

Peringkat dalam memulakan Pergaulan.

Peringkat berkenalan: Berkenalan atau taaruf membantu kita saling kenal mengenali dalam memulakan hubungan. Melalui cara ini, kita dapat membezakan sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.

Peringkat memahami: Peringkat memahami atau tafahum. Peringkat ini akan membawa kita memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Apabila kita memahami latar belakang akhlak dan sifatnya, maka mudah bagi kita untuk menentukan siapa teman yang harus kita bergaul dan siapa pula yang harus dijauhi. Jika kita bergaul dengan mereka yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan yang ada pada dirinya. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang jahat, tempias kejahatan mereka akan mempengaruhi diri kita.

Peringkat tolong-menolong: Peringkat tolong-menolong atau taawun. Peringkat ini terhasil apabila kita telah menerima pergaulan yang terjalin sehingga menjadi akrab. Namun apa yang peting, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Aurat Lelaki/Wanita dan pakaian Lelaki/Wanita

Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu ditutup dengan sempurna.

Aurat wanita
Ulama muslimin berpendapat aurat bagi wanita adalah keseluruhan badan wanita selain muka dan dua tapak tangannya (Maududi, 1995).

Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar dan mempunyai ketebalan yang mencukupi sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi. Selain itu, ia tidak menyerupai pakaian wanita, tidak menyerupai pakaian yang jelas dikenali sebagai pakaian orang-orang kafir dan tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan berbangga dan mencari kemasyhuran

Pakaian wanita

Pakaian wanita adalah mestilah ditutup semua anggota kecuali yang dibenarkan dan hendaklah longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu cukup tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit atau tubuh pemakainya dan pakaian tersebut tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaun lelaki terhadap kecantikan pemakain pakaian tersebut. Tidak menyerupai pakaian lelaki, tidak menyerupai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh orang-orang kafir dan pemakainya bukanlah bertujuan untuk berbangga dan mencari kemasyhuran.

No comments:

Post a Comment