Sunday 31 July 2016

1.2 HUBUNGAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN DENGAN KOMUNIKASI

gambar 1: sumber asal (wacana ilmu)

1.2.1 Pengertian Islam
Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima yang bermaksud selamat. Daripada perkataan itu, terbentuklah perkataan aslama yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh
Menurut istilah, Islam ialah: Agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya sejak nabi Adam a.s. hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik keyakinan kepada:

-          Allah dan perkara-perkara ghaib lainnya (akidah),
-          Ibadah khusus dan umum,
-          Muamalat (bersosial),
-          Munakahat dan aspek kekeluargaan,
-          hukum-hakam,  politik, ekonomi dan sebagainya

1.2.2  Pengertian Iman

Maksud Iman pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”. maksudnya menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw
Dari segi istilah: Maksudnya: Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan, dan amal dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman boleh bertambah dan berkurang sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.

1.2.3 Pengertian Ihsan (Akhlak)

Perkataan “akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat, perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan
Perkataan “akhlak” berasal daripada bahasa Arab, iaitu “Al-Khulk” yang bererti tabiat, perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan.
Menurut istilahnya, akhlak ialah sifat yang ada dalam diri seorang manusia yang boleh mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan

Hubungan antara Islam, Iman dan Ihsan serta Hubungannya dengan Komunikasi Islam

Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri  tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari
           “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baikdan melarang dari segala yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”. (Surah Ali ‘Imran 3:110)

Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik (dakwah) sudah pasti tidak akan lepas daripada akhlak yang baik. Sejarah membuktikan kepetahan dalam menyampaikan sesuatu mesej belum tentu dapat diterima oleh pendengar sekiranya tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik daripada penyampai. Masih ramai dalam kalangan pendakwah yang menganggap bahawa dakwah hanya berbentuk penyampaian sesuatu mesej secara lisan. Sebenarnya, dakwah merangkumi aspek lainnya juga seperti penampilan diri, praktik amalan pendakwah itu sendiri, akhlak mulia, atau yang biasa disebut dengan dakwah bil hâl.

Bahkan kedudukan yang terakhir inilah yang lebih penting jika dibandingkan dengan dakwah bil lisan, iaitu dakwah dengan penyampaian lisan dan lebihmengenai sasaran.

1.3 BENTUK-BENTUK DAN TEKNIK KOMUNIKASI


1.3 BENTUK KOMUNIKASI

Pelbagai bentuk komunikasi dapat kita temui di sekeliling kita, bahkan kadang-kadang kita juga melakukan komunikasi tersebut. Ada komunikasi yang kita lakukan bersifat peribadi, iaitu komunikasi dengan diri sendiri.  Komunikasi antar personal, iaitu komunikasi secara berhadapan antara dua orang penyampai dan pendengar. Termasuk juga dalam komunikasi ini komunikasi dengan Tuhan Yang Maha Esa. Komunikasi jenis ini lebih berkesan sekiranya berlaku secara silang (dua hala), iaitu kedua-dua pihak saling berkomunikasi. Sering juga kita melakukan komunikasi secara kumpulan, iaitu komunikasi yang terjadi antara seseorang dengan kumpulan tertentu. David Krech (1882) dalam bukunya Individual In Society membahagikan komunikasi kumpulan ini kepada tiga, iaitu Small groups, Medium groups dan Large groups.

1.3.1 Dibahagikan Kepada 3 Kelompok Utama Oleh Kebanyakan Sarjana, Iaitu:


1.       Komunikasi Personel Yang Dikategorikan Kepada Dua Bahagian, Iaitu:

a.       Intrapersonel (Intrapersonal Communication) Dan
b.      Interpersonel (Interpersonal Communication)

2.       Komunikasi Kumpulan Juga Dibahagikan Kepada Tiga Bahagian, Iaitu:

a.       Kumpulan Kecil
b.      Kumpulan Pertengahan
c.       Kumpulan Besar

3.       Komunikasi Massa, Yang Dibahagikan Kepada:

a.       Media Elektronik Dan
b.      Media Cetak

1.3.2 Jenis Komunikasi Organisasi

Sementara Jenis Komunikasi Organisasi Pula Dibahagikan Kepada Tiga Aspek Utama, Iaitu:
  1. Komunikasi Vertical, Komunikasi ini di bahagikan kepada dua iaitu Vertical Downward Dan Vertical Upward
  2. Komunikasi Horizontal, Dan
  3. Komunikasi Diagonal
Komunikasi Vertical

  1. Jenis komunikasi ini merupakan salah satu bahagian penting dalam suatu organisasi . Biasanya ia melibatkan komunikasi antara golongan atasan iaitu majikan dan golongan bawahan seperti pekerja.
  2. Komunikasi Vertical Terbahagi Kepada Dua Iaitu;
        Komunikasi Ke Bawah (Downward Communication)
        Komunikasi Ke Atas (Upward Communication)

Komunikasi Horizontal

  •   Komunikasi horizontal ialah komunikasi secara mendatar, dikenali juga sebagai komunikasi lateral, iaitu komunikasi antara kelompok pekerja dalam satu level/ dalam pangkat yang sama (rakan sejawat)
  •      Komunikasi ini berlangsung secara tidak formal dalam penyampaian idea dan maklumat dalam kalangan pekerja yang mempunyai taraf jawatan yang sama
  •    "Horizontal communication” yang lebih baik dapat diwujudkan sekiranya tidak terhalang oleh prosedur dan karenah birokrasi melampau
  •     Komunikasi ini diperlukan bagi menjalinkan hubungan yang lebih baik dan memperluas hubungan kerja sesama mereka
  •    Komunikasi ini dapat membantu menyelesaikan masalah, merungkaikan permasalahan dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas tanpa wujud perasaan dengki, cemburu dan persaingan tidak sihat

Komunikasi Diagonal

Dikenali juga dengan komunikasi silang, Kriteria komunikasi diagonal seperti berikut:

-          Tidak mengira pangkat dan kedudukan
-          Tidak rasmi atau formal
-          Berkongsi kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang berbeza
-          Berbeza dengan komunikasi vertikal dan horizontal

1.3.3 Bentuk Komunikasi Menurut Islam

Sama sahaja bentuk komunikasi Islam dan konvensional, ringkasnya seperti huraian di bawah:

  1. intrapersonal
  2. interpersonal
  3. antara budaya
  4. kelompok

  1. Intrapersonal : komunikasi dengan Allah dan dengan diri sendiri
  2. Interpersonal : berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Komunikasi sesama manusia berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi berbagai-bagai aktiviti dalam kehidupan seperti komunikasi dalam pendidi-kan, keluarga, pekerjaan, peniagaan, dakwah dan komunikasi yang lain juga
  3. antara budaya :
    1. Komunikasi kumpulan ke kumpulan yang terdapat pada surah al-Mulk ayat 8–10 ialah komunikasi kelompok, iaitu komunikasi antara para penjaga neraka dengan orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.
    2. Individu ke kumpulan ialah komunikasi kelompok, iaitu komunikasi/seruan Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya untuk menyembah Allah SWT dan mengikuti seruannya (Surah Nuh 1–3).
    3. Komunikasi interpersonal ke individu ialah orang kafir kepada Nabi Muhammad SAW (An-Nazi’at : 42).
  1. kumpulan
    1. kumpulan ke kumpulan yang terdapat pada surah al-Mulk ayat 8–10 ialah komunikasi kelompok, iaitu komunikasi antara para penjaga neraka dengan orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya.
    2. Individu ke kumpulan ialah komunikasi kelompok, iaitu komunikasi/seruan Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya untuk menyembah Allah SWT dan mengikuti seruannya (Surah Nuh 1–3).
    3. komunikasi interpersonal ke individu ialah orang kafir kepada Nabi Muhammad SAW (An-Nazi’at : 42).
1.3.4 Elemen Komunikasi

  • Penyampai – merupakan Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi. - perlakuan lisan dan bukan lisan 
  • Penerima – merupakan Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat
  • Maklumat boleh juga memberi maksud mesej, fakta atau niat yang difahami oleh penerima maklumat 
  • Maklum balas - Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
  • Saluran
Ialah media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej (saluran paling asas melalui pendengaran dan penglihatan)
Saluran-saluran tambahan seperti media elektronik, lukisan atau bahan cetakan dan sebagainya
  • Konteks situasi penyampai mesej daripada penyampai, mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya)

Saturday 30 July 2016

2.0 COURSE LEARNING OUTCOME

    Mengenal pasti garis panduan penyiaran, bentuk-bentuk penyiaran dan peranan penyiaran Islam

     Mengetahui penyiaran Islam sebagai medium dakwah

2.1 LATAR BELAKANG DAN GARIS PANDUAN PENYIARAN

2.1.1 LATAR BELAKANG PENYIARAN


Tahun 1930-an : Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an, iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur. Pada awalnya penyiaran di Malaysia berasaskan kepada falsafah British dengan pelantikan Pengarah Penyiaran adalah warga British iaitu David Lyttle

Tahun 1950-an hingga 1960-an : Rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio pada pertengahan tahun 1950-an hingga 1960-an. Arahan daripada kerajaan supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga siaran bacaan al-Quran diperdengarkan pada permulaan dan penutup rancangan.

Tahun 1971 : program agama di televisyen pula hanya disiarkan selama 30 minit seminggu kerana masalah teknikal Menyedari kelemahan tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan Unit Agama dan Dakwah selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain

2.1.2 GARIS PANDUAN

Garis panduan penyiaran merupakan satu perkara penting bagi melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan. Garis panduan ini ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan siaran di radio dan televisyen yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran 1988 (Pindaan 1996) termasuk stesen-stesen penyiaran milik kerajaan melainkan stesen-stesen penyiaran berlanggan (subscription) mesti menggunakan garis panduan ini

Antara bahan siaran yang harus mematuhi garis panduan tersebut ialah:

A. Siaran berita dan siaran hiburan
B. Perihal artis dan tata kelakuan artis

ü  Bahan-bahan siaran:

Ciri-ciri bahan siaran yang boleh disiarkan Umum
  1. Menyokong wawasan negara
  2. Menghormati sensitiviti/kepekaan rakyat
  3. Memaparkan keindahan dan kemajuan negara
  4. Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta
  5. Menggambarkan masyarakat berbilang kaum
Bahan siaran yang tak boleh disiarkan
  • Ideologi dan Politik
  • Aspek Keagamaan
  • Ketertiban dan Ketatasusilaan
  • Aspek Sosial Budaya
Ideologi dan Politik
  1. Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia
  2. Hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran
  3. Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan negara yang ada hubungan baik    dengannya
  4. Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemas kini dan mengandungi fakta- fakta yang tidak tepat
Aspek Keagamaan
  1. Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan dengan keimanan dan keinsafan
  2. Merosakkan kerukunan umat beragama
  3. Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia
  4. Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran al-Quran, sunah dan mazhab Syafii
  5. Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut agama

Ketertiban dan Ketatasusilaan
  1. Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara
  2. Memaparkan modus operandi kejahatan secara terperinci dan mudah menimbulkan rangsangan   untuk menirunya
  3. Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan perbuatan jahat itu sendiri
  4. Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran
  5. Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara golongan
  6. Menggambarkan dan membenarkan penyalahgunaan serta kenikmatan dadah dan ubat-ubatan  terlarang
  7. Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian sesama manusia dan    manusia terhadap binatang
  8. Memaparkan adegan-adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah pada akhirnya
  9. Menunjukkan perlakuan-perlakuan yang mengghairahkan
  10. Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  11. Menunjukkan “close-up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan perempuan kecuali siaran liputan sukan

 Aspek Sosial Budaya
  1. Bercanggah dengan peruntukan Akta Hasutan 1948
  2. Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan umum di Malaysia
  3. Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat yang diamalkan di Malaysia
  4. Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan yang tidak bermoral dan  jahat
  5. Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counterculture”
  6. Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan tertentu
  7. Menonjolkan/mengagungkan agama lain selain agama Islam
  8. Mengandungi adegan babi
  9. Mengagungkan “martial arts” asing seperti kung fu melainkan dengan kebenaran

2.2 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM

2.2 PENGERTIAN PENYIARAN DAN PENYIARAN ISLAM

  • Penyiaran : aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel
  • Dari segi bahasa - proses, cara dan perbuatan menyiarkan
  • Dari segi istilah - proses komunikasi yang disampaikan kepada audiens, iaitu suatu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses pemancaran elektro magnetik atau gelombang yang lebih tinggi
  • Kesimpulannya penyiaran ialah pengedaran isyarat audio dan/atau video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan tertentu melalui proses elektro magnetik atau gelombang
  • Penyiaran Islam - sesuatu aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat
KONSEP PENYIARAN ISLAM

Konsep penyiaran Islam yang asas adalah bergantung kepada tasawur kemanusiaan yang dilihat dari perspektif Islam, iaitu hubungan tiga segi antara Allah SWT, manusia dan masyarakat (Islamic triangular relationship)

Allah : Manusia berkomunikasi dengan Allah secara vertical untuk memenuhi asas penciptaan, Teknologi penyiaran yang menafikan keagungan Allah adalah terbatal dan tidak perlu, Semua kerja sehingga menghasilkan output penyiaran dianggap ibadah sekiranya ikhlas kerana Allah

Manusia : Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah, Manusia telah dilengkapkan keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara baik dan buruk, Penyiaran dianggap sebagai jalan bagi mengenali Allah

Masyarakat : Kepelbagaian etnik, warna kulit, bahasa dan agama mewujudkan keadilan dan persamaan dalam komunikasi Islam. Akhlak merupakan prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran. Prinsip ini boleh menghasilkan produk penyiaran yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan Objektif tertinggi penyiaran Islam adalah memperoleh keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat

AKTA PENYIARAN


  • Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa dan tafsiran
  • Lesen untuk menyiarkan yang menyentuh keistimewaan eksekutif/ kerajaan, lesen untuk menyiarkan, penalti, tempoh tangguh, kesalahan lesen, kuasa menteri untuk mengubah, membatalkan atau mengenakan syarat tambahan dan pembatalan atau penggantungan lesen
  • Kuasa menteri untuk memberi arahan dan membenarkan pemeriksaan
  • Lesen bagi memasang atau mengendalikan atau berniaga alat terima siaran radio atau alat terima siaran televisyen
  • Menerangkan kuasa menggeladah, perwakilan kuasa, kuasa menteri memberi kuasa atau memberi lesen dan menentukan kadar dan menetapkan terma dan syarat mesej iklan, kuasa khas dalam darurat dan kuasa untuk membuat peraturan


  • (video ini sekadar menunjukkan kepada pelajar kesalahan dalam penyiaran)

    KOD ETIKA PENYIARAN DI MALAYSIA                   

    Setiap bentuk persembahan penerbitan rancangan yang disiarkan melalui saluran radio dan televisyen mana-mana media penyiaran di Malaysia, sama ada terbitan dalaman atau dibekalkan oleh pihak luar, wajib mematuhi undang-undang negara, peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang sedia ditetapkan.
    Antaranya:
    a. Rukun Negara
    b. Sosiobudaya Malaysia
    c. Garis panduan penapisan LPF (Lembaga Penapis Filem Malaysia)
    d. Misi dan visi Jabatan Penyiaran
    e. Dasar-dasar semasa kerajaan
    f. Undang-undang dan akta yang berkaitan

    2.3 PERANAN PENYIARAN ISLAM

    2.3 PERANAN PENYIARAN ISLAM

    q  Antara peranan utama penyiaran Islam di Malaysia ialah:

    ü Penyiaran Islam berperanan sebagai pendidik (Muaddib) kepada masyarakat agar melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul.
    ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai agen informasi (Musaddid), iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, tugas penyiaran Islam adalah sebagai agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam.
    ü Penyiaran Islam berperanan sebagai pembaharu (Mujaddid) iaitu penyebar fahaman pembaharuan akan pemahaman dan pengajaran amalan Islam.
    ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai penyatu (Muwahhid) yang mana harus mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu, mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak yang bertelagah.
    ü  Penyiaran Islam berperanan sebagai pejuang (Mujahid) iaitu berjuang dan membela Islam. Melalui penyiaran dan bidang media lain, pengamal bidang penyiaran dan media yang lain seharusnya bekerja keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.

    2.3.1 KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
    • Konsep amar makruf dan nahi mungkar dalam penyiaran Islam banyak membantu manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan kemaslahatan
    • Program-program berkonsepkan seperti ‘Imam Muda’, ‘Pencetus Ummah’ dan ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis menjadi pilihan popular pelbagai peringkat dengan mengaplikasikan genre dan format program realiti sebagai medium menyebarkan didikan dakwah kepada penonton
    • Stesen TV Alhijrah merupakan stesen televisyen yang sesuai untuk menerapkan konsep amar makruf dan nahi mungkar
    • akhlak menjadi prinsip asas dalam merancang fungsi penyiaran yang akan melahirkan produk akhir hasil penyiaran yang berpandukan kepada doktrin amar makruf dan nahi mungkar
    2.3.2 NILAI-NILAI MURNI DALAM PENYIARAN ISLAM

    • Media menurut Islam, segala perancangan perlu mengikut beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan sunah
    • Antaranya media itu sendiri perlu berpaksikan kepada paradigma Tauhid, iaitu media atau kandungan yang dihasilkan tidak lari daripada ajaran Tauhid dan sekali gus mengajak penonton untuk menghayati mesej yang disampaikan sekal gus menambah ketakwaan kepada Allah SWT
    • Penubuhan TV Alhijrah sebenarnya telah mengangkat falsafah penyiaran berdasarkan ajaran agama Islam dan nilai-nilai universal selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunah. yang dibawa Nabi Muhammad SAW

    2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    • Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran
    • Kewajipan sesama insan untuk saling tegur-menegur dan mengingatkan ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
    "Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru    kepada kebaikan menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.                                                 (Surah Ali ‘Imran 3:104)

    2.3.4 MAKLUMAT YANG TEPAT

    • Penerimaan sesuatu maklumat yang disiarkan oleh stesen-stesen televisyen perlu ditapis dan dikenal pasti setiap kesahihan dan sumbernya untuk mengelakkan berlakunya berita palsu yang diterima
    • Rancangan televisyen yang disiarkan juga perlu berorientasikan ilmu dan bertujuan untuk mendidik
    • Setiap maklumat yang diterima dan akan disampaikan perlulah disaring dan dikenal pasti tujuannya serta mengetahui akan kesahihan dan sumbernya bagi mengelakkan berlaku kepalsuan maklumat yang disampaikan

    2.3.5 PELBAGAI DAN VARIASI


    • Kini, di Malaysia sudah terdapat media penyiaran yang berkonsepkan semata-mata untuk penyebaran Islam seperti TV Alhijrah, Astro Oasis, IKIM f.m. dan SALAM f.m.
    • Melalui media-media penyiaran ini dengan kepelbagaian rancangan yang berkonsepkan dakwah dapat membantu masyarakat memahami Islam dengan lebih mendalam dan mudah
    • TV Alhijrah yang kini sudah mencapai 5 tahun penyiarannya merupakan saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia yang bertujuan merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran percuma seluruh negara dan menerbitkan pelbagai variasi rancangan televisyen melalui media yang berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal
    • -      Kepelbagaian yang disiarkan berdasarkan aspek genre kandungan program TV Alhijrah adalah untuk kanak-kanak, remaja, wanita dan untuk tontonan keluarga

    2.4 PENYIARAN ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

    2.4 PENYIARAN ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
    • Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam ini dilihat sebagai satu medium untuk mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat
    • Siaran bagi rancangan televisyen yang berkonsepkan dakwah ini akan dapat membantu memberikan kefahaman mengenai Islam dengan lebih mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual kepada audiens.
    • rancangan-rancangan televisyen seperti berita, hal ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu pengetahuan, agama dan juga hiburan dan kesenian yang selari dengan syariat Islam dikategorikan sebagai siaran yang membawa kepada kebaikan
    • Media penyiaran Islam seperti TV AlHIJRAH yang beroperasi pada tahun 2009 merupakan inovasi baharu dalam penyiaran Islam

    2.4.1 KAEDAH DAKWAH

    sumber foto: fitrah Islami Online

    • Dakwah Fardhiyah (Bil lisan dan bil hal)
    • Dakwah Ammah (bittadwin)

    3 Kaedah Dalam Surah Al-Nahl


    • Kaedah al-Hikmah
    • Kaedah al-Maw’izah al-Hasanah
    • Kaedah al-Mujadalah 

    2.4.2 ETIKA DAKWAH


    • Ikhlas
    • Konsisten
    • Lemah lembut
    • Takut kepada Allah



    2.4.3 MEDIUM DAKWAH


    Zaman Rasulullah

    • Lisan
    • Tulisan



    Media Elektronik

    • Television
    • Radio



    Media Massa

    • Facebook
    • Tweeter
    • Whatsapp
    • Instagram dan lain lain



    3.0 CLO (COURSE LEARNING OUTCOME)

    A. Menjelaskan konsep hubungan sesama manusia, persaudaraan, kejiranan
    B. Menghubung kait isu-isu semasa dalam komunikasi
    C. Menjelaskan konsep hiburan dalam Islam
    D. Menyenaraikan amalan yang membawa kepada khurafat dan tahyul

    3.1 KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, PERSAUDARAAN, KEJIRANAN

    A. MENJELASKAN KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, PERSAUDARAAN, KEJIRANAN

    Konsep Persaudaraan
    menerusi kelahiran , susuan dan persaudaraan menerusi akidah.

    Menterjemahkan konsep persaudaraan dalam IslamKasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT
    Mengutamakan orang lain
    Bekerjasama
    Perasaan belas kasihan
    Saling menasihati
    Saling membantu sesama Islam
    Saling bertanggungjawab

    Konsep Kejiranan
    Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah ajaran mengenai hidup berjiran atau kejiranan. Faisal Othman (1994) mentakrifkan jiran tetangga ialah setiap orang yang tinggal di rumah-rumah di sekitar rumah kita

    Akhlak terhadap jiran
    Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudarat
    Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
    Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
    Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
    Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka


    Hak-hak Jiran
    Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
    Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
    Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
    Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
    Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
    Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
    Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

    Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.
    Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
    Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
    Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah terseb



    3.2 ISU-ISU SEMASA DALAM KOMUNIKASI



    B. MENGHUBUNG KAIT ISU-ISU SEMASA DALAM KOMUNIKASI

    Peringkat dalam memulakan Pergaulan.

    Peringkat berkenalan: Berkenalan atau taaruf membantu kita saling kenal mengenali dalam memulakan hubungan. Melalui cara ini, kita dapat membezakan sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang.

    Peringkat memahami: Peringkat memahami atau tafahum. Peringkat ini akan membawa kita memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Apabila kita memahami latar belakang akhlak dan sifatnya, maka mudah bagi kita untuk menentukan siapa teman yang harus kita bergaul dan siapa pula yang harus dijauhi. Jika kita bergaul dengan mereka yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan yang ada pada dirinya. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang jahat, tempias kejahatan mereka akan mempengaruhi diri kita.

    Peringkat tolong-menolong: Peringkat tolong-menolong atau taawun. Peringkat ini terhasil apabila kita telah menerima pergaulan yang terjalin sehingga menjadi akrab. Namun apa yang peting, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestilah bertepatan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


    Aurat Lelaki/Wanita dan pakaian Lelaki/Wanita

    Aurat lelaki
    Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu ditutup dengan sempurna.

    Aurat wanita
    Ulama muslimin berpendapat aurat bagi wanita adalah keseluruhan badan wanita selain muka dan dua tapak tangannya (Maududi, 1995).

    Pakaian lelaki
    Pakaian lelaki hendaklah cukup longgar dan mempunyai ketebalan yang mencukupi sehingga tidak menampakkan apa yang dilindungi. Selain itu, ia tidak menyerupai pakaian wanita, tidak menyerupai pakaian yang jelas dikenali sebagai pakaian orang-orang kafir dan tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan berbangga dan mencari kemasyhuran

    Pakaian wanita

    Pakaian wanita adalah mestilah ditutup semua anggota kecuali yang dibenarkan dan hendaklah longgar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu cukup tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit atau tubuh pemakainya dan pakaian tersebut tidaklah bersifat menarik perhatian dan mengghairahkan kaun lelaki terhadap kecantikan pemakain pakaian tersebut. Tidak menyerupai pakaian lelaki, tidak menyerupai pakaian yang kebiasaannya dipakai oleh orang-orang kafir dan pemakainya bukanlah bertujuan untuk berbangga dan mencari kemasyhuran.

    3.3 KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM

    C. MENJELASKAN KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM

    Hiburan Melampau

    q  Garis panduan tentang hiburan

            Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan
          Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai
            Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam
            Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat
       Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan
      Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam

    q  Persembahan muzik

            Tidak menimbulkan gerak-geri liar
            Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat
            Tidak melalaikan

    q  Lirik

            Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan
       Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa
            Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
            Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam
            Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam
           Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya
            Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik

    q  Persembahan artis

            Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan
         Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
      Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam
        Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam

    q  Persembahan tarian

         Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam
            Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah
          Tidak berlaku percampuran anatara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah
            Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan
            Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan

    Etika Kewartawanan

    q  Garis panduan dan etika kewartawanan dalam Islam

    -        Dilarang mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu
    -        Maslahah atau kepentingan yang jelas
    -        Dilarang menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai bentuk
    -        Dilarang menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah
    -        Tidak harus membesar-besarkan sesuatu perkara yang tidak penting
    -        Seseorang yang terlibat dengan tugasan mestilah memastikan kebenaran sesuatu berita yang diperoleh
    -        Mengkaji semula setiap berita sama ada benar atau salah, jika perlu
    -        Tidak menyebarkan maklumat yang tidak jelas atau samar


    Kesantunan Bahasa

    q  Mengapakan kesantunan berbahasa amat dituntut kepada mereka yang berbicara? Menurut Asmah (2005), bentuk dan tutur bahasa yang santun akan mewujudkan ikatan perhubungan sosial antara manusia serta boleh menimbulkan proses komunikasi yang berkesan. Menurut Awang Sariyan (2009), bahasa berfungsi sebagai alat yang berperanan dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat. Santun berbahasa merujuk kepada penggunaan ciri-ciri bahasa yang baik, beradab, mempunyai nilai penghormatan serta mencerminkan keperibadian mulia. Kesantunan bahasa juga menyentuh tentang penggunaan bahasa yang tidak menimbulkan kegusaran, serta tidak menyinggung perasaan pendengar

         q  Teknik kesantunan berbahasa

    -        Teknik Doa Memulakan komunikasi dengan ucapan bismillah atau al-fatihah
    -  Teknik bersyukur Ungkapan-ungkapan yang melambangkan kesyukuran atas rasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan kebaikan kepada penutur atau kepada keluarga mereka
    -      Teknik salam Teknik penutur memulakan dengan salam sebelum berbicara atau berunding boleh dianggap sebagai salah satu cara menyapa atau menegur mesra
    -     Teknik Insya-Allah Perkataan Insya-Allah merupakan ungkapan yang bermaksud dengan izin Allah SWT. Menjadi kelaziman bagi mereka yang berkomunikasi akan menggunakan perkataan ini sebagai persetujuan atau sebagai ungkapan janji dalam urusan yang akan datang
    -        Teknik Tawakkal Penutur yang menggunakan teknik ini mempamerkan sikap rendah diri kepada Allah SWT yang berkuasa. Sesuatu yang baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT. Teknik tawakkal dalam pertuturan merupakan teknik yang mampu mengurangkan ancaman muka dan rasa kurang senang  sama ada dalam kalangan penutur atau pendengar